Harga Runtuh!!!! Dapatkan Baby Prewalker Dan Kasut Budak Di SM Little Footwear Click Here!

Ad 468 X 60

Tuesday, May 21, 2013

Widgets

Korban Dan Aqiqah Secara Online


Kini semuanya mudah....semuanya hanya di hujung jari anda. Jangan salah faham bukanya sembelihan di alam maya(online). Cuma tempahan je online tapi sembelihan dijalankan macam biasa. Tempahan qurban dan aqiqah secara online ini diusahakan oleh eQurban.com. Cuma sembelihan yang di lakukan bukan lah di Malaysia, sembelihan di jalankan di Kemboja. Korban dan aqiqah anda akan disedekahkan kepada penduduk islam kemboja yang miskin dan susah. Disamping menjalankan ibadah korban dan aqiqah anda juga dapat membantu saudara seislam kita yang berada di kemboja.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat tempahan anada boleh layari laman web eQurban.


Sekadar berkongsi info :

Maksud Korban
Menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untukberibadah atau menghampiri diri kepada Allah SWT.

Maksud Aqiqah
Bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti lembu,unta,biri-biri dan kibas untuk anak yang baru lahir khususnyapada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Hikmah Ibadah korban
1)Menghidupkan erti pergorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
2)Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
3)Menambah perasaan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban kepada insan yang memerlukan.

Hikmah Ibadah Aqiqah
1)Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu muslim baru yang sujud kepada Allah SWT.
2)Mendekatkan diri anak tersebut kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
3)Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga.
4)Menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaanNYA.

Apa Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah?
1)Korban terikat dan perlu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, iaitu selepas solat dan khutbah Hari Raya ’Aidiladha, 11 sehingga 13 Zulhijjah mana aqiqah tidak terikat dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
2)Satu pertiga daging korban hanya boleh diberikan kepada fakir miskin sedangkan aqiqah boleh diberikan kepada orang kaya.
3)Korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s manakala Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala
4)Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.
5)Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat manakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.


SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOIN THE TEAM