Harga Runtuh!!!! Dapatkan Baby Prewalker Dan Kasut Budak Di SM Little Footwear Click Here!

Ad 468 X 60

Wednesday, May 22, 2013

Widgets

7 Faktor Rambut Gugur

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Ada yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Akibatnya, rambut gugur terjadi.

2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Selain itu, hormon yang tidak stabil di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan  faktor genetik.


4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

Jika anda perhatikan, faktor paling utama yang menyebabkan rambut gugur adalah keadaan hormon yang tidak stabil. Jadi, stabilkan hormon anda untuk dapatkan rambut yang sihat. Atau anda boleh download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di SINI!! untuk teknik lebih advance untuk mengatasi rambut gugur.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOIN THE TEAM