Harga Runtuh!!!! Dapatkan Baby Prewalker Dan Kasut Budak Di SM Little Footwear Click Here!

Ad 468 X 60

Friday, March 28, 2014

MH370 - Hanya Tinggal 9 Hari Lagi

Teruskan doa kita semua. Masa dah semakin suntuk.









Petikan Dari Harian Metro :

Kuala Lumpur: Sekiranya dalam tempoh sembilan hari lagi kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gagal ditemui, ada beberapa alternatif untuk mengesannya termasuk dengan menggunakan peralatan dikenali sebagai ‘multi beam locator’.
Tentera Laut Amerika Syarikat kini menggunakan dron dasar laut Bluefin dan Towed Pinger Locator-25 (TPL-25) bagi membantu usaha mengesan kotak hitam pesawat penerbangan MH370.


Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, Bluefin dan TPL-25 boleh membantu dalam usaha mengesan kotak hitam terbabit.

“Bagaimanapun, jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 hanya mampu bertahan sehingga 30 hari dan selepas tempoh itu, Bluefin dan TPL-25 tidak mampu membantu mengesan kotak hitam,” katanya.

Menurutnya, hanya ‘multi beam locator’ boleh digunakan untuk mengesan kotak hitam selepas tempoh berkenaan.



SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MH370 - Objek Di Jumpai Di Lautan Hindi

Semua nye setakat jumpa objek melalui satelit. Tapi bukti fizikal masih belum di temui. Doa dan harapan semoga Allah mempermudah kan segala usaha kita.

Petikan hari ni dari Harian Metro:

KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
FotoGRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP

Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.

Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOIN THE TEAM