Harga Runtuh!!!! Dapatkan Baby Prewalker Dan Kasut Budak Di SM Little Footwear Click Here!

Ad 468 X 60

Friday, May 31, 2013

Widgets

JDT vs PAHANG - Perlawanan Semula Separuh akhir Piala FA

PERLAWANAN semula separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil esok akan bermula pada pukul 8.45 malam. Keputusan tersebut dibuat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati lampu limpah di stadium berkenaan telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk membolehkan perlawanan tersebut diadakan pada waktu malam.

Sebelum ini, FAM memutuskan perlawanan tersebut diadakan pada pukul 4.15 petang di stadium yang sama. Perkara tersebut disahkan Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud selepas mengadakan pemeriksaan ke atas pencahayaan lampu di stadium tersebut malam tadi.
Fuad menjelaskan, FAM yakin perlawanan itu kelak akan berjalan dengan lancar dan pihak stadium juga memberi jaminan untuk memperbaiki beberapa kerosakan teknikal pada lampu di stadium berkenaan hari ini.
“Pencahayaan lampu di stadium berkenaan melebihi 1000 lux dan ini menepati piawaian untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam. “Ada satu lampu yang rosak di bahagian penjuru sebelah kiri grandstand tetapi pihak stadium telah memberikan jaminan untuk memperbaikinya dengan kadar segera esok (hari ini).

“Mereka telah menjalani ujian terhadap lampu itu sejak pukul 12 tengah hari sehingga sekarang (pukul 9 malam) dan tiada berlaku sebarang kerosakan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah memutuskan untuk mengadakan perlawanan semula itu esok selepas aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa ditunda ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium dengan kapasiti 40,000 penonton itu.
Begitupun, FAM mengubah keputusan tersebut selepas Pahang dan Johor DT meluahkan hasrat untuk mengadakan perlawanan berkenaan pada sebelah malam.

Dalam perkembangan lain, Fuad turut mengesahkan bahawa tiket separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur tidak boleh ditebus dengan wang tunai.

“Ikut peraturan, kalau belum main dan ditangguhkan pada separuh masa ataupun sebelum 15 minit untuk separuh masa kedua, ia boleh tebus balik.
“Maksudnya, dia (penyokong) pegang keratan tiket itu dan boleh menggunakannya untuk menyaksikan perlawanan lain.

“Mungkin yang menjadi masalah itu adalah mereka bermain di sini (Stadium Bukit Jalil). Kalau di Kuantan, saya tidak fikir ia akan menjadi satu masalah.

“Tiket yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berharga RM12 dan di sini bernilai RM15. Tiket itu hanya ditebus dengan tiket baharu (bukan wang tunai),” katanya

PETIKAN DARI : KOSMO

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOIN THE TEAM