Harga Runtuh!!!! Dapatkan Baby Prewalker Dan Kasut Budak Di SM Little Footwear Click Here!

Ad 468 X 60

Wednesday, April 10, 2013

Widgets

Tips Temuduga - Apa Yang Perlu Anda Tahu

Bila dapat panggilan untuk interview/temuduga adakah korang betul-betul bersedia? Kat bawah ni beberapa tips buat korang hadapi interview. Kredit untuk blog eye of pricess dot com coz aku copy paste tips ni dari blog dia. Di harap tip-tip berikut dapat lah membantu bagi sesape yang nak gi temuduga/interview.





1. Datang Awal Temuduga
Kalau boleh datanglah lebih awal semasa hari temuduga kerana anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti.
2. Pakaian Formal
Khusus bagi lelaki dan wanita, kerja disektor kerajaaan mewajibkan wanita berpakaian baju kurung dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 1/2 inci. Lelaki harus berpakaian berbaju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
3. Buat Persediaan Awal
Anda harus kaji terlebih dahulu mengenai bidang atau posisi kerjaya anda. Anda juga mempunyai sedikit ilmu mengenai perkerjaan yang ditawarkan.
4. Keyakinan Diri
Eye Contact sangat penting antara anda dan penemuduga. Pastikan anda menggunakan eye contact untuk membina keyakinan diri.
Kalau anda tidak tahu akan jawapan kepada soalan diajukan, anda harus menjawab tidak tahu. Dan jangan pula menjawab tidak tahu untuk kesemua soalan yang disoal.
6. Jujur
Kejujuran sangat penting ketika menjawab temuduga kerana menipu butiran peribadi anda akan menyukarkan lagi proses temuduga anda.
7. Ekspressi Wajah
Walaupun, penemuduga memberi soalan yang agak pedas dan kejam buat diri anda. Anda perlulah senyum dan tenang kerana mereka hanya menguji anda sebenarnya.
8. Elak Bercakap Terlalu Banyak
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan akan memusnahkan temuduga anda. Hanya jawab perkara yang penting secara terperinci dan ringkas.
9. Jangan Bertanya Mengenai Gaji terlalu awal
Kebanyakan calon yang ditemuduga akan selalu bertanyakan mengenai jumlah pembayaran gaji mereka. Kalau boleh jangan ajukan soalan ini kerana mereka akan menanggap anda tidak bersungguh-sunguh dengan kerjaya.
10. Etika Kesopanan
Hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah temuduga anda.

OK macam mana tips di atas membantu tak? Kalau rasa nak tambah lagi keyakinan korang untuk gi interview boleh lah tengok pulak E-BOOK Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Dalam E-BOOK ni terdapat soalan - soalan yang sering di tanya oleh penemuduga dan beserta sekali jawapan yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang di tanya. Klik disini untuk lebih lanjut -->E-BOOK Teknik Menjawab Soalan Temuduga















SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: MNSAR
MNSAR bermula menulis blog untuk suka-suka di samping berkongsi apa sahaja di dalam blog. Kini objektif blog bagi MNSAR adalah untuk menjana pendapatan sampingan dengan dunia blogging. Read More →

0 comments:

Terima Kasih diatas komen dan pendapat anda.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOIN THE TEAM